Assalamualaikum .
salam sayang jumaat
agak terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru
meninggalkan tahun 2014 yang lalu
yang penuh dengan seribu satu cerita dan cinta
yang penuh dengan ceria dan duka
yang penuh dengan bahagia dan luka
mungkin aku terlupa
ada yang menggembirakan
tetapi tak lebih dari air mata
Tahun ini hidup berbekalkan 'wishlist' baru
azam baru . yang lama ? pergi jauh sana
kerana impian dan azam itu entah hilang kemana
Kalau panjang usiaku didunia ini
aku tidak mahu lagi sendiri
aku mahu seseorang berada ditepi
yang menyokong kuat dan tak buat aku rasa sunyi
yang pasti air mata ini tak jatuh lagi
kalau panjang usiaku tahun ini
aku mahu kerja dengan kuat lagi
jangan kerja makan gaji goyang kaki
tak berkat gaji buat makan hari hari
yang lain biar simpan ketat dalam hati
biar aku yang tau sendiri
kemahuan dan hajat hati
apa yang diingini
semoga hari hari akan datang
aku kuat dan sihat
agar dapat ku penuhkan segala hasrat
dan apa yang dihajat
(:
Comments
Post a Comment