Assalamualaikum
2010-2017
7 tahun ku tetapkan hati
pekakkan telinga dengan apa jua yang mereka kata
kononnya bercinta lama tak mungkin sama sama akan setia
kononnya yang lama ini sukar untuk bersama
kononnya yang lama ini manisnya sudah hilang ditelan masa
kononnya yang dijaga lama ini jodoh entah siapa yang punya
Selalu berpesan pada hati
Akan ada masa untuk kita nanti
Dan akhirnya
separuh jiwa ini telah kau isi
dengan sekali lafaz beserta janji
bahawa isterimu ini akan kau jaga sepenuh hati
Aku sentiasa belajar mencintai segala kekuranganmu
maka cintailah aku sebagaimana aku mencintaimu ↠
Comments
Post a Comment