Assalamualaikum wbt dan good day to everyone , hari ni I nak sambung post I yang sebelum ni dan pengalaman I dari mula sakit contraction , induce sampai la baby keluar melihat dunia .
Sebelum ni I ade bagitau yang lepas je I balik dari 'jogging' dengan my Husband sebab harapkan baby cepat keluar tu I terus balik rumah masuk bilik tukar baju and ready to sleep so I pun baring tapi sebabkan dah berjalan banyak tadi pinggang I memang sakit sangat rasa macam nak patah, lenguh, tak selesa so I pun minta tolong husband tlg urutkan sebab memang kerja dia dah untuk urut I setiap malam sepanjang I pregnant , Thank You Husband .
Masa I rasa lambat sangat berlalu malam tu , pukul 1.30 pagi macam tu I mula rasa sakit sangat tapi datang sekejap je lepas tu dalam setengah jam macam tu sakit tu akan berulang so I macam eh dah nak bersalin ke baby dah ready nk keluar ke ataupun false contraction je ? So I bagitahu my husband so die keep gosok perut I sambil pujuk baby keluar baca ayat ayat sikit tapi sakit tu makin kuat , i tahan selagi boleh lepas tu tiba tiba rasa sakit tu hilang . I taknak fikir apa apa so I tidur sebab yela sakit tu dah hilang kan
Lebih kurang pukul 3.30 pagi I terbangun sebab I rasa sakit kuat sangat , sakit yang susah I nak luahkan sebab sakit yg luar biasa I tak pernah rasa sakit macam ni so I tengok my husband tengah lena dekat sebelah I kejut tapi die tak sedar so dengan rasa sakit tu I keluar bilik cari my mom . I ketuk pintu bilik lepas tu mama keluar tanya kenapa so I cakap I sakit sangat sangat sangat rasa macam dah nak bersalin so mama suruh duduk bawak bertenang tapi sakit tu makin lama makin kerap . Husband pun dah bangun masa tu plus dia buatkan Milo panas suruh I makan dulu sebab takut nanti nak bersalin takde tenaga nak push huhu
Pukul 4 pagi macam tu sakit i memang dah tak boleh tahan lagi so I siap tukar baju semua untuk pergi hospital , tengah nak siap tukar baju 'bloooop' I rasa mcm bunyi macam tu U tahu tak kalau belon isi air penuh lepas tu U cucuk jarum then die pecah kan haa rasa macam tu , I tengok air ketuban I dah pecah colour dah greenish so I risau sebab maybe baby dah berak dalam perut , berdebar !
On the way nak pergi hospital I dah call inform Dr Geetha so that dia boleh standby , sampai je emergency around 5am macam tu diorang dah sambut i bawak ke bilik cek bukaan jalan tapi baru bukak dalam 4cm so I dengan rasa sakit sangat ni gagahkan jugak untuk berjalan bergerak sebab nak bagi jalan bukak sampai 5-6cm macam tu sebelum masuk labour room tapi bila Dr Geetha sampai die sendiri check then die cakap jalan I bukak 2cm je so nak atau taknak I kena induce jugak sebab baby dah berak so takkan nak tunggu lagi ? No ! I can't wait too long !
Pukul 7.30 i dah start kena induce , sakitnya Allahu tuhan saja yang tahu . Sakit yang lebih sakit dari segala sakit dekat dunia ni , I rasa macam urat I semua tegang dan rasa macam kepala nak pecah haa boleh bayang tak sakit tu macam mana . Masa tu mulut tak berhenti sebut nama Allah genggam tangan Husband and mama . Masa tu juga terus tengok muka mama Allah besarnya pengorbanan mama yg melahirkan , sakitnya Ya Allah tak terkata untuk melahirkan penghuni dalam rahim seorang ibu .
Tak berhenti baca ayat
LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN
Pukul 9 pagi sakit makin kuat cakap dengan Husband memang tak boleh tahan sangat menggigil satu badan , masa tu juga denyutan jantung baby makin perlahan . Memang tak boleh nak tunggu lama lagi so kena emergency caeser juga untuk selamatkan baby . Dalam hati positifkan diri takpela caeser pun asalkan dipermudahkan , baby selamat .
Tepat pukul 9:56 pagi lahirlah penghuni pertama rahim ini , dengar tangisan dia pun dah cukup rasa syukur alhamdullilah sebab semuanya selamat . Dapat cium bau syurga Allahu indahnya anugerah Allah dalam hati 'Alhamdullilah sempurna cukup sifat anakku '
Pengalaman pertama melahirkan ni memang rasanya semua ibu tak dapat melupakan . Pengorbanan dan sakit melahirkan itu tak terucap dengan kata kata . Semoga anak ini sentiasa dalam perlindungan Allah , menjadi anak yang soleh taat pada ibubapa dan mendapat segala kebaikkan .
Selamat hari lahir sayang ,
Muhammad Syukur Fayyadh Bin Md Syukur fairus
kena pakai oxygen sebab fayyadh keluar memang dah tak cukup oxygen |
kesayangan dunia akhirat |
Comments
Post a Comment