Pinjaman Allah











Bila Allah nak memberi sesuatu tiada satu tangan pun yang mampu menghalang dan bila Dia ingin mengambil semula apa yang dipinjamkan olehNya pun tiada satu tangan yang mampu menghalang kerana semua milik Dia tiada yang milik kita , tiada yang kita punya .

Sedih dan tertanya tanya silapnya dimana , kurangnya apa . Akhirnya hati seorang ibu ini redha dan akur dengan takdir ilahi .Mungkin ada hikmah semua ini terjadi , ada sesuatu yang Allah nak sampaikan dan mungkin Dia juga rindu dengan tangisan hambaNya

Sepanjang 2 minggu sebelum tarikh dimasukkan ke wad sentiasa hati kecil ini berdoa minta diselamatkan penghuni rahim ini , setiap malam doa dan surah sentiasa menemani jantung kecil sambil tidurkan si abang . Aku pujuk hati sendiri mungkin baby kecil lagi sebab tu scan tak jelas dan mungkin baby taknak gerak bila dia tahu mommy nak tengok dia . Tak apa , nanti scan lagi .

24hb Disember 2018 , doktor panggil untuk scan lagi sekali

' No fetal heart seen , no fetal movement '

Allahu rasa panas kejap mata ni

' Tunggu ot call untuk erpoc ye puan sebab baby memang dah tak ada '

Aku angguk tanda faham tapi dalam hati ni Allah sahaja yang tahu betapa besar maknanya kehilangan ini. Walaupun cuma 12 minggu tapi baby dah pernah menghuni ruang rahim ini . Rasa sebak akan kehilangannya dalam sekelip mata.

' Maafkan mommy sayang kalau ada salah dan silap mommy '

segalanya ada hikmah dan jangan mengalah .

' If Allah put you into this , insyaAllah He will help you through all this '

Comments