Selamat Ulangtahun Perkahwinan suamiku,
genap 2 tahun menjadi permaisuri dihatimu
cukup kasih sayang dan segalanya yang kau curahkan
tiada kurangnya dalam menjadi isterimu
cuma terkadang diri ini yang tidak pernah menghargai
sedangkan kau suamiku ,
sentiasa menjadi penawar ketika berduka
dan sentiasa menjadi pengubat ketika hati terluka
kerana aku isterimu , manusia biasa
seorang pendosa
sentiasa ada salah dan silap dalam berbicara
semoga kita kuat dalam menempuh alam rumahtangga ini
semoga sabar dan terus sabar ,
semoga sabar dan terus sabar ,
sentiasa mengasihi antara kita
saling menjaga amanah Allah yang sangat berharga
bukan menjaga untuk seketika
tetapi buat selama lamanya
sehingga ajal maut menjadi pemisah antara kita
aku sentiasa belajar untuk mencintai kekuranganmu
dan
sentiasa menerima walaupun apa pun sikapmu
maka terimalah aku seperti mana aku menerimamu .
270117-270119
Comments
Post a Comment