Assalamualaikum wbt and Happy New Year everyone ! First posting 2019 dimulakan dengan story trip ke Shanghai 10-16hb January 2019 bersama dgn husband , anak and family yang lain . Ktorang g 5 dewasa plus 2 kids harris and Fayyadh .
Flight Air Asia pukul 11.30 malam on 10hb so sampai dekat sana lebih kurang pukul 5 pagi , dalam flight tbh fayyadh meragam sbb die tengok ramai muka orang yang die tak kenal so mungkin die rasa takut plus die pun tak cukup tidur , waktu tu aku rase macam ok fine ni last travel bawak Fayyadh sampai Fayyadh masuk sekolah haha boleh tak macam tu tapi sabar mommy sabar . Ada la yg jeling bukan main lagi tapi aku syak dia takde anak lagi so sebab tu dia macam tu ppfft !
Sampai dekat sana ktorang berkampung dulu dekat airport sebab fikir nak amek teksi atau naik train je ke hotel . Finally amek teksi selepas hampir satu jam kowtim dengan agensi teksi tu so last ktorang letak harga 470yuan baru on kat sini tak bole ikot sangat nanti kena ketuk haha
Perjalanan dari
Pudong International Airport sampai ke apartment lebih kurang 50 minit , ktorang pilih
Green Court Serviced Apartment so masak semua boleh dalam tu biasela g tempat orang susah nak cari makan so pilih apartment senang kalau nak dibandingkan dengan hotel. Apartment ni survey dekat Agoda je so utk 5 malam 2444,25Yuan (RM1531.44) , ktorang amek dua bilik satu studio and satu premium , untuk premium harga 5 malam lebih kurang Rm2000+ inc tax. lokasi tu yang penting sebab dekat dengan metro line station , people's square , nanjing road, halal foods restaurant & the bund jadi senang nak bergerak
Sampai dekat bilik memang terus mandi makan apa yang ada memang bawak bekal roti ,biskut , maggi cup , milo asalkan kenyang hehe lepastu rehat sebab nak cukupkan tenaga untuk berjalan ke nanjing road.
|
Pudong International Airport |
|
Teksi 470Yuan boleh muat 5 dewasa 2 kanak kanak plus 7 luggage
|
|
Waiting area Green Court Serviced Apartment |
Malam tu ktorang dah bersiap untuk jalan sekitar apartment yang paling dekat Nanjing Road lebih kurang 10-15minit jalan kaki dari apartment , suhu memang sangat sejuk bagi aku yang tak biasa tempat sejuk ni 4-6℃ , Fayyadh memang dh berbungkus kesian dia haha
Nanjing Road ni main shopping street of Shanghai ok ade Nanjing Road East and Nanjing Road West so memang banyak sangat shop dekat situ macam macam brand adela dalam 5km baru habes jalan atau mungkin lebih , ktorang pun tak sangka mampu menapak sejauh tu dengan bawak baby lagi tapi Fayyadh tak meragam pun sebab die sejuk sangat sampai dia senyap je dalam stroller , btw aku bawak both stroller and carrier untuk Fayyadh sebab dah tau Fayyadh ni jenis bukan boleh duduk lama dalam stroller ada satu masa tu dia mesti nak berdukung so memang daddy dia la yg dukung sebab mommy lepas pantang kan hehe
Ok continue , Nanjing Road ni tersangat la ramai manusia aku pun taktau la datang dari mana kan oleh sebab ktorang datang bukan dengan travel agency so memang kena jalan dekat dekat bukan sebab takut sesat kalau sesat boleh je balik apartment tapi takut kalau ada penyamun ke ape itu yang bahaya
|
sekitar jalan Nanjing Road |
|
ni lebih kurang pukul 6 petang sebab kat sini pukul 5 lebih macam tu dh gelap |
So first day memang ktorang jelajah Nanjing Road itupun tak habes sebab besar sangat tapi takpe sebab sepanjang ade dekat Shanghai ni nak kemana mana pun memang akan lalu Nanjing Road ni . Ok sekian untuk Day 1
Comments
Post a Comment